October 11, 2011

#6

Assalamualaikum :)



Tempahan untuk Lyaa dah siap. Ni dia!

Front View

 Back View


Lyaa mintak tema Cookie Monster, biru dan hitam. Dan inilah hasilnya :) Puas hati bila customer tersenyum. Lyaa ada tambah lagi satu request. Pencil box. Sekarang tengah dalam proses untuk siapkan pencil box. Boleh jugak tukar function, porch beg pun boleh. Tema masih lagi Cookie Monster. Pakej. Nanti dah siap, F upload gambar ek.


Harga card matrix holder ni RM10 sahaja. Dan pencil box RM15.  


Ada lagi 5 tempahan menunggu. Harap-harap lah boleh siap dalam bulan ni jugak. Nak kena buat jadual ni. Assignments and customers :D


Berminat? Mesej detail yang korang nak kat 0178881613. Nak inbox kat Facebook F pun boleh.




Till then.

#5

Assalamualaikum :)





F nak curik masa sikit je. Tempahan #4 dah siap. Card matrix holder, special requested - ELMO. 




 
Front View

Back View



Dan ini F tunjuk lah sikit owner baru ELMO merah ni. Nazreen ni kononnya minat gila lah dengan ELMO. Senyum lebar nampak. And this is special for you! :)


PAID




Berminat? Inbox Facebook F. Enjoy!




Till then :D

October 7, 2011

#4

Assalamualaikum :)


Tak jawab dosa, kalau jawab sayang sangat-sangat tau :D Ohh by the way, F nak update lah sikit. Takde niat sikit pun nak menunjuk ke hapa. Dalam tak sampai seminggu ni, F dah dapat banyak tempahan. 3 tempahan dah siap, tinggal lagi 5 tempahan yang F nak kena siapkan. Insyaallah, minggu depan semua tempahan ni F siapkan. Sementara tunggu post item dari Kedai SUS sampai, F nak gunting-gunting dulu apa yang patut.

 
 
 
 
 *klik untuk gambar besar
 
Harap-haraplah F dapat siapkan semua tempahan ni dalam masa minggu ni dan minggu depan. Tak sampai hati nak buat dorang menunggu =.="
 
 

Tempahan #4 - Taufiq Nazreen
 

Nazreen ni classmate F, dia mintak F buatkan card matrix holder. Tema semua merah, siap nak letak karton Elmo dengan word sekali. Takpe Naz, dalam masa seminggu ni siap lah ek. Lagipun tak banyak item dalam tempahan dia ni. F charge RM9 sahaja untuk tiap 1 item dan satu huruf F charge RM0.30 sahaja.



Tempahan #5 - Fizul Akhmal FB


Fizul ni kenalan F dalam facebook, tengok lah tu ada jugak FB kan. Dia request F buatkan keychain Brainy Smurf. Fizul takde tetapkan tarikh bila nak tapi F akan siapkan dalam masa yang secepat mungkin. Dah siap kang, F roger Fizul. Ok?



Tempahan #6 - Nur Liyana Azmi

Lyaa mintak F buatkan card matrix holeder. Tema dia kaler hitam biru. Lyaa mintak karton Cookie Monster. Grrr, makan cookie banyak-banyak! Tunggu ek, material dah potong. Tinggak jahit dan tampal je :)

 
 
 
 
Tempahan #7 - Nurul Arina Fauzi

Ni pun classmate F. Arina mintak card matrix holder jugak. Karton Shin Chan, tapi tengah dalam dilema nak kaler apa. Takpe, fikir dulu. Nanti dah dapat idea, roger ek :)



Tempahan #8 - Shahida Sayuti

Shieda pun mintak card matric holder. Gambar Pooh yang sangat comel ni. Nak kaler oren kuning. Shieda ni dok rumah sebelah je dengan F. Senang nak panggil, agak-agak kedekut kredit jerit je nama shieda. Ye tak?


 
 
Ok, till then. Bye! :D 

#3

Assalamualaikum :)


Tempahan #3 yang dapat F sebelum ni dah pun siap. Actually dah siap kelmarin tapi sebab takde masa nak update blog, so update hari jelah ye.

 
Sebelah ni lah Nora yang request DOMO keychain.

Dah bagi pun DOMO keychain kat Nora dan dia sangat puas hati. Bila F keluarkan DOMO dari beg, terus keluarkan perkataan comel dari mulut dia. Syukur sangat-sangat, customer puas hati dengan hasil kerja F. Nora mintak 2 pieces, so F letak harga RM4 untuk 1 pieces. Kira berbaloi lah kan harga.

Ok, nak siapkan tempahan yang menanti. Ad lagi 5 requested items. Nak kena siapkan dalam masa seminggu ni. Till then, bye! :D



Kalau ada yang berminat, boleh inbox Facebook F ek. Boleh jugak jenguk blog FF, Fara Farhana.

October 5, 2011

#2

Assalamualaikum :D

Tadi kat kelas sempat jugak promote hasil titik peluh tangan ni kat classmate. Alhamdulillah, dorang ada yang berminat. Ada jugak yang dah siap tempah.  Alhamdulillah jugak, tempahan pun dah F siapkan tadi. Puas hati even dalam hati ni takut jugak member tak suka dengan hasil kerja F. Dapat jugak lah 2 ke 3 tempahan. Ok lah kan, baru belajar bukak mata dah ada yang interested dengan hasil kerja kita. Appreciated sangat lah.



Tempahan #1 - Kamarulzaman Elias.

Casing phone untuk Nokia C9, kan aman? :D Aman pilih design sendiri. Ada stripe merah putih. Belakang full merah, depan pulak stripe merah putih. Dia jugak mintak F jahitkan sekali nama dia. The owner lah kata kan :) Dan ni lah hasilnya! Lepas dah siap, F terus mesej Aman dan nak tau apa reaksi dia? Terkejut pasal cepat sangat siap. Alhamdulillah, kerja F dipermudahkan. Dah letak harga, untuk casing ni F letak harga RM6.50 sahaja dan Aman kata OK. F kata baguihh!

Front view

Back view



Tempahan #2 - Nur Ashikin Mat Ikram

Ekin request casing letak kad matrik. Tema dia, PINK! Siap nak Hello Kitty lagi. Takpe, untuk Ekin apa sahaja beres lah. Ekin siap lukis macam mana design yang dia suka, gigirl gitu lah senang cerita. Depan nak border putih, belakang pulak merah jambu, kena ada Hello Kitty kat tengah-tengah. Lepas dah perah segala peluh, siap jugak tempahan kedua. Harga untuk casing ni boleh dirunding. Tak sampai RM10 pun. Untuk yang ni F letak harga RM9.00 sahaja. Berbaloi dengan penat dan hasilnya.

 Front view

Back view



Tempahan #3 - Norashikin Azman

Tempahan untuk Nora tak sempat lagi nak disiapkan. Tapi insyaallah kalau esok free, F akan siapkan. Nora request 2 bijik DOMO keychain. Satu untuk dia dan maybe satu lagi untuk boyfie dia kot. Sweet sangat lah. Takpe, esok ada masa kosong F akan siapkan. Contoh DOMO keychain yang Nora nak macam ni. 1 pieces untuk keychain macam ni, F letak harga dalam RM4.90 ke atas. Pasal nak buatnya pun rumit, so faham-faham aje lah ye :)

DOMO keychain



Kalau ada yang berminat, inbox Facebook F ok? Jangan lupa LIKE fanpage Ohh Fara Lalala tau. Dah jenguk blog F? Klik Fara Farhana sahaja :)


Till then;
Double F Closet :D

October 4, 2011

#1

Bismillahhirrohmanirrohim..


Alhamdulillah lepas dah lama terbantut idea nak buat second blog, akhirnya jadik jugak. Well, untuk pengenalan je mula-mula ni kan cuma nak bagi tau i've started new bussiness. Harap-harap berterusan lah. Terima kasih untuk yang sokong blogshop yang baru nak belajar bukak mata ni.


Blogshop ni ada tawarkan banyak jenis urusan jual beli. Buat masa sekarang ni tengah mengaktifkan diri dengan aktiviti menjahit. F bagi nama hasil peluh tangan ni; Fluffy and Funny.





By the way, this blog is named as Double F Closet. Enjoy lah ye berurus niaga dengan F :)