October 7, 2011

#4

Assalamualaikum :)


Tak jawab dosa, kalau jawab sayang sangat-sangat tau :D Ohh by the way, F nak update lah sikit. Takde niat sikit pun nak menunjuk ke hapa. Dalam tak sampai seminggu ni, F dah dapat banyak tempahan. 3 tempahan dah siap, tinggal lagi 5 tempahan yang F nak kena siapkan. Insyaallah, minggu depan semua tempahan ni F siapkan. Sementara tunggu post item dari Kedai SUS sampai, F nak gunting-gunting dulu apa yang patut.

 
 
 
 
 *klik untuk gambar besar
 
Harap-haraplah F dapat siapkan semua tempahan ni dalam masa minggu ni dan minggu depan. Tak sampai hati nak buat dorang menunggu =.="
 
 

Tempahan #4 - Taufiq Nazreen
 

Nazreen ni classmate F, dia mintak F buatkan card matrix holder. Tema semua merah, siap nak letak karton Elmo dengan word sekali. Takpe Naz, dalam masa seminggu ni siap lah ek. Lagipun tak banyak item dalam tempahan dia ni. F charge RM9 sahaja untuk tiap 1 item dan satu huruf F charge RM0.30 sahaja.



Tempahan #5 - Fizul Akhmal FB


Fizul ni kenalan F dalam facebook, tengok lah tu ada jugak FB kan. Dia request F buatkan keychain Brainy Smurf. Fizul takde tetapkan tarikh bila nak tapi F akan siapkan dalam masa yang secepat mungkin. Dah siap kang, F roger Fizul. Ok?



Tempahan #6 - Nur Liyana Azmi

Lyaa mintak F buatkan card matrix holeder. Tema dia kaler hitam biru. Lyaa mintak karton Cookie Monster. Grrr, makan cookie banyak-banyak! Tunggu ek, material dah potong. Tinggak jahit dan tampal je :)

 
 
 
 
Tempahan #7 - Nurul Arina Fauzi

Ni pun classmate F. Arina mintak card matrix holder jugak. Karton Shin Chan, tapi tengah dalam dilema nak kaler apa. Takpe, fikir dulu. Nanti dah dapat idea, roger ek :)



Tempahan #8 - Shahida Sayuti

Shieda pun mintak card matric holder. Gambar Pooh yang sangat comel ni. Nak kaler oren kuning. Shieda ni dok rumah sebelah je dengan F. Senang nak panggil, agak-agak kedekut kredit jerit je nama shieda. Ye tak?


 
 
Ok, till then. Bye! :D