October 5, 2011

#2

Assalamualaikum :D

Tadi kat kelas sempat jugak promote hasil titik peluh tangan ni kat classmate. Alhamdulillah, dorang ada yang berminat. Ada jugak yang dah siap tempah.  Alhamdulillah jugak, tempahan pun dah F siapkan tadi. Puas hati even dalam hati ni takut jugak member tak suka dengan hasil kerja F. Dapat jugak lah 2 ke 3 tempahan. Ok lah kan, baru belajar bukak mata dah ada yang interested dengan hasil kerja kita. Appreciated sangat lah.



Tempahan #1 - Kamarulzaman Elias.

Casing phone untuk Nokia C9, kan aman? :D Aman pilih design sendiri. Ada stripe merah putih. Belakang full merah, depan pulak stripe merah putih. Dia jugak mintak F jahitkan sekali nama dia. The owner lah kata kan :) Dan ni lah hasilnya! Lepas dah siap, F terus mesej Aman dan nak tau apa reaksi dia? Terkejut pasal cepat sangat siap. Alhamdulillah, kerja F dipermudahkan. Dah letak harga, untuk casing ni F letak harga RM6.50 sahaja dan Aman kata OK. F kata baguihh!

Front view

Back view



Tempahan #2 - Nur Ashikin Mat Ikram

Ekin request casing letak kad matrik. Tema dia, PINK! Siap nak Hello Kitty lagi. Takpe, untuk Ekin apa sahaja beres lah. Ekin siap lukis macam mana design yang dia suka, gigirl gitu lah senang cerita. Depan nak border putih, belakang pulak merah jambu, kena ada Hello Kitty kat tengah-tengah. Lepas dah perah segala peluh, siap jugak tempahan kedua. Harga untuk casing ni boleh dirunding. Tak sampai RM10 pun. Untuk yang ni F letak harga RM9.00 sahaja. Berbaloi dengan penat dan hasilnya.

 Front view

Back view



Tempahan #3 - Norashikin Azman

Tempahan untuk Nora tak sempat lagi nak disiapkan. Tapi insyaallah kalau esok free, F akan siapkan. Nora request 2 bijik DOMO keychain. Satu untuk dia dan maybe satu lagi untuk boyfie dia kot. Sweet sangat lah. Takpe, esok ada masa kosong F akan siapkan. Contoh DOMO keychain yang Nora nak macam ni. 1 pieces untuk keychain macam ni, F letak harga dalam RM4.90 ke atas. Pasal nak buatnya pun rumit, so faham-faham aje lah ye :)

DOMO keychain



Kalau ada yang berminat, inbox Facebook F ok? Jangan lupa LIKE fanpage Ohh Fara Lalala tau. Dah jenguk blog F? Klik Fara Farhana sahaja :)


Till then;
Double F Closet :D